17 July 2013

Ajaibnya.

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar, maka kebaikan baginya." (HR Muslim)

-----

Teringat pantun sahabat semasa kami bertarbawi bersama;

Nak jadi mujahidah,
Kena bermujahadah,
Kerana syurga itu sangat-sangatlah indah!

Saya sedang bersabar.
Sabar sebab apa?

Banyak.

dengan diri sendiri,

sistem, 


kerja dan tanggungjawab,

perasaan,

masa lapang, 


orang lain, 

keinginan dan harapan, 

orang atasan, 

orang bawahan, 

and so on.

I wish I can do everything.


# Orang mukmin itu Ironman!
Smile :)



Salam Ramadhan. Fasa 1 kian melabuhkan tirai.


11 July 2013

Ramadhan-ing.

Assalamualaikum. Sihat?

Selesai satu hari berpuasa. Alhamdulillah, baik baik sahaja.
Selamat berpuasa semua. Pesanan ringkas dari penaja:

~jangan lupa bersahur, kerana pada sahur ada keberkatan
~banyakkan baca al-Quran kerana ia penawar hati
~jangan miss solat terawih kerana ia ibadah istimewa hanya di bulan ramadan
~burulah Lailatul Qadar kerana ia satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan


Berpuasa di kampus, satu masalah yang common dihadapi oleh kami ialah waktu sahur. Sebab tidak dibenarkan memasak, no api at all. Ada juga kawan-kawan yang beli nasi waktu petang then makan masa waktu sahur. Ok jugak, tapi nasi dah sejuk la bila makan. Kesian lagi, bila ada yang dah basi.

Memang boleh je nak makan kurma tapi ada juga orang yang tak biasa, nak jugak makan nasi. Saya takda masalah la bab sahur ni, alhamdulillah apa yang ada boleh je telan. Tapi mesti ada 'benda' panas, maksudnya air panas ke, nasi panas ke, roti panas ke (roti bakar lahh) . Haha. Cerewet.

Special, esok sahur speggeti dengan rummate. Takda api pun boleh masak apa, tanpa periuk elektrik dan multipurpose kettle yang dah kena rampas tu pun masih lagi boleh makan benda panas. Hehe. Bahagia.

Selamat sahur.


suka myfityan punya design :) comel
ni web dia.


selamat melawat.


AHLAN YA R.A.M.A.D.H.A.N


08 July 2013

Pengantin!

Assalamualaikum. Hye, jumpa lagi.

Alhamdulillah, Jumaat yang lepas berjaya juga menjejakkan kaki ke rumah sahabatku, Nurul Nabilah Kamarudin. Kami kawan sejak Form 1 sampai saat ini. Ok la, still contact even jauh, walaupun tak selalu tapi ada. Heh. Datang awal sehari, dapat tolong buatkan hantaran and so on. Best.

On the day, jadi pengapit terjun untuk akak dia (diorang buat pengantin kembar). Kelakar sebab akak dia tinggi dan bertambah tinggi sebab pakai heels, kesian saya yang agak tinggi jugak telah nampak kelihatan rendah. *gelak

Lagi, jumpa ramai kawan ex maahad- Faiz Nur, Natasha, Aman, Timah, Nana, Syafiqah Hek, Musyazwani, Pn. Sherra, Aidy, dan Zahid Ali. Juga senior2- Kak Zakiah, Kak Nisa' dan Syudahah Jauri, Kak Iera, Kak Puan Diana, junior-junior dan jumpa juga kawan di PLKN, tapi tak ingat nama dia, ingat muka ja. Maaf ye. Afiqah memang cepat lupa nama orang.

Gembira sangat sebab dia dah berjaya ke fatrah bait muslim. Memang depan mata saya mereka akad nikah, saya tengok betul-betul, nak menjadi saksi pernikahan mereka berdua. Moment! Sekali lafaz je rasanya. Hebat. Tapi husband dia saya tak sempat nak taaruf, named Abi Syafieq Al-Hakim. Lagipun segan nak tanya banyak. Ingat lagi masa Bella bagitahu nama bakal husband dia, pelik sebab kenapa Bella panggil nama dia 'abi', rupanya itu memang nama dia. Ok, terima.

Last, bagi saya perkahwinan itu baik dan setiap orang ada pasangan masing-masing. Dan, perkahwinan itu datang bersama tanggungjawab yang perlu digalas bagi suami dan isteri. Banyak perkara yang perlu ditimbang-tarakan. Kalau ada orang ajak saya kahwin, saya akan berfikir banyak kali sebab 'marriage not only about love but is about making ummah.' Hee. Peace.


antara yang hadir ke majlis.



next turn siapa? Aman!!



bergambar lagi. 



moga berbahagia hingga ke syurga!
~Nabilah & Abi Syafiq~


# Gambar kakak dia takda.

04 July 2013

UNIC, Morsi dan Mesir


Alhamdulillah, selesai majlis penutupan Festival Penghayatan Islam 3, IPGKPM.

Best. UNIC ada sebagai jemputan.

Ok la. Ada jugak part-part yang tak berapa kena.

2 tahun berlalu, saya jadi commites, teruklah juga buat kerja, tahun ni rehat. Masa tu, saya 'berlakon' kuat sebab saya faham apa yang kami nak bawa apa dalam FPI tu, masih mampu bertahan hingga akhir. Menitik la juga air mata. Ingat senang nak run satu-satu program ke...

Paling saya takut, program yang kita sungguh-sungguh run boleh mengundang dosa yang kita tidak sedar sebenarnya. Benar, tidak dinafikan nak nampak gempak, hebat, mantop! tapi tolonglah prihatin dan teliti apa sahaja yang awak buat masa dalam program. Semak walaupun sekecil-kecil perkara. Contoh, nak 'snap' 1 gambar, check dulu gambar baru publish ka masuk dalam video.

Malam ni, nasib baik UNIC tak lama, haha. (jahat)

sebab
.
.
.
.
.
.
.

Kita gumbira bernasyid, mereka berdebor tunggu keputusan~

Saya tak cakap bernasyid salah ye, tetapi beringat-ingatlah.

# Morsi dan Mesir.

02 July 2013

Come Back: Harapan!

Persoalan.
Pernahkan kita merasa marah atau pedih pabila suatu yang kita rencanakan tidak menjadi seperti yang kita harapkan? Contohnya, rancangan untuk pergi bercuti terpaksa dibatalkan kerana ibu bapa tidak mengizinkan padahal rakan-rakan telah kita maklumkan atau berlaku ‘miss-communication ‘ semasa mengendalikan sesebuah program lalu ia tidak menjadi sempurna seperti yang kita harapkan. Mahupun lewat menghantar tugasan sebagai pelajar pada masa yang telah kita jangkakan kerana laptop dijangkiti virus atau file hilang.
‘Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu maka ia adalah dari tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian dosa-dosa kamu. [as-Syura 26:30]
Berasa marah? Tidak puas hati? Manakan tidak. Segala usaha, kerahan tenaga, masa dan idea dikerahkan untuk melaksanakannya. Namun ianya tidak menjadi. Puas kita berfikir dimanakah silapnya. Siapakah yang menggangu perancangan kita. Mencari-cari di manakah jalan penyelesaian agar semuanya mengikut apa yang kita rencanakan.
Namun, sedarkah kita kepada siapa marah tadi kita hamburkan? Bukankah kepada Yang Maha Berkuasa atas segala? Sekalipun kegagalan tadi merupakan kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang pekerja atau rakan kita namun lupakah kita bahawa Yang Maha Agung mencaturkan segalanya. Mana mungkin sesuatu yang berlaku itu tanpa pengetahuan Yang Maha Melihat dan Mendengar. Itulah manusia, hamba yang sering khilaf lagi alpa.
Sehebat mana pun manusia, pasti ada kelemahannya. Se’genius’ manapun manusia itu, pasti ada ketikanya dia membuat kesalahan. Manusia hanya hebat jika meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah sebagai paksinya.
 ‘Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.’[ali Imran 3: 54]
***
Bersyukurlah kita jika pernah mengalami keadaan sedemikian kerana Allah ingin menyedarkan kita bahawa hanya Allah yang layak menentukan segalanya, bukan manusia. Allah ingin menegur kita bahawa hanya kepada Allah kita meletakkan tawakal setelah berusaha. Allah ingin mengingatkan kita bahawa kejayaan itu kurniaan Allah, bukan atas usaha manusia semata. Allah juga sedang memandang kita kerana Allah tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya. Yang terbaik itu hanya dalam pengetahuan takdir Allah.
                ‘ …dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik dari kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.’ [al Baqarah 2: 216]
Setelah itu, pasti Allah akan memberikan jalan kepada permasalahan yang kita hadapi. Jika kita tetap tenang dan yakin bahawa Allah Yang Berkuasa atas segalanya, nescaya pertolongan Allah itu pasti datang dalam apa jua cara.
                ‘ Sesusngguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.’ [al Insyirah 94: 6]
Yakin (taqwa) dan percaya (tawakal). Itu tugas kita sebagai hamba. Yang lainnya, akan Allah cukupkan bagi kita. InsyaAllah.
‘ …Barang siapa yang bertaqwa kepada jalan Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan dia memberikan rezaki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapabertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. [at Thalaq 62: 2&3]
***
Walaupun begitu, takdir Allah tidak menjadi asbab bagi manusia untuk tidak melakukan apa-apa. Sungguhpun takdir kita telah tercatat di atas sana, namun lupakah kita bahawa Allah telah pun berfirman.
                ‘ Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menngkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum maka tidak ada ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. [ar Radd 13: 11]
Dan, kita masih ada doa. Doa itu senjata orang mukmin.
‘Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepad-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman dengan-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. [al-Baqarah 2: 186]

Kita masih ada harapan, selagi menghembuskan nafas dalam keimanan dan ketaatan.

afnadzhanif
140612:1.11 pm